Tuesday 13 December 2016

Selamat Datang 2017 dan Selamat Tinggal 2016

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah. Hasbi Homestay ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memilih Hasbi Homestay sebagai tempat transit bagi tujuan umrah, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, Family Gathering, Picnic, sukan bola sepak, permotoran dan sebagainya lagi. Berikut merupakan antara tetamu yang menginap di Hasbi Homestay

















 1. Menunaikan UMRAH                                                                                  2. F1 Sepang
                   



3. Kenduri Kahwin                                                                                         4. Sepang



                                                                      5.Kenduri Kahwin



Tuesday 19 July 2016

Ramadan dan Puasa Enam Syawal di Hasbi Homestay Nilai 3 Nilai Impian

Ramadan Al-Karem telah pun melabuhkan tirainya pada beberapa minggu yang lalu. Namun bahang kerinduan terhadap bulan Ramadan masih lagi menebal. Hasbi Homestay mengucapkan syukur kepadaNYa kerana masih terdapat beberapa orang tetamu yang sudi menginap di Hasbi Homestay dalam bulan Ramadan untuk beberapa hari. Moga-moga keberkatan bulan Ramadan akan dinikmati bersama antara tetamu dan Hasbi Homestay. In sya Allah.

Kini bulan Syawal muncul kembali. Puasa 6 menjadi agenda setiap Muslim yang beriman untuk memanfaatkan kelebihan puasa 6 ini. Sekali lagi Alhamdulillah syukur kepadaNYa bulan Syawal rezeki yang Allah kurniakan kepada Hasbi Homestay tidak putus-putus. Kepada tetamu yang telah menginap dan akan menginap di Hasbi Homestay dalam bulan Syawal ini, jangan lupa merebut peluang berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sambil membeli belah di nilai 3 ataupun menghantar saudara ke KLIA, jadikan Hasbi Homestay tempat untuk majlis berbuka puasa 6 anda.


Wednesday 8 June 2016

TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN HASBI HOMESTAY NILAI IMPIAN

Alhamdulillah, bersyukur kepadaNYA kerana Hasbi Homestay sentiasa mendapat perhatian dan kepercayaan pelanggan yang begitu teruja dan selesa menginap di Hasbi Homestay. Pelanggan yang datang dari nun utara tanah air hingga selatan tanah air iaitu Johor dan juga Sabah membuktikan pelanggan begitu suka dan tertarik dengan kelesaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hasbi Homestay Nilai Impian. Alhamdulillah sekali lagi.

Pelanggan-pelanggan yang pernah menginap di Hasbi Homestay kebanyakan  datang bagi tujuan UMRAH, HAJI, KENDURI, FAMILY GHATERING, SHOPPING, berehat, pertunangan, kerja rasmi dan sebagainya lagi.

Jesteru itu, HASBI HOMESTAY dengan rasa rendah diri dan bersyukur ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan -pelanggan yang pernah menginap di HASBI HOMESTAY sama ada sekali atau beberapa kali di sini.

Sokongan daripada pelanggan-pelanggan yang budiman amat dihargai dan hanya Allah yang mempu membalasnya. Terima kasih di atas sokongan anda kepada HASBI HOMESTAY yang memperjuangkan BERKAT BERSAMA melalui JIHAD EKONOMI.

Wassalam.

Saturday 12 March 2016

TETAMU PASUKAN BOLASEPAK TERENGGANU PIALA PRESIDEN

Alhamdulillah. Hasbi Homestay Nilai Impian terus mendapat tempahan daripada pelanggan yang datang dari pelusuk negeri di Malaysia. Baru-baru ini pasukan dari pantai timur iaitu pasukan Terengganu (bawah 20) Piala Presiden telah tinggal di Hasbi Homestay selama 4 hari 3 malam.
Mereka datang dengan menaiki sebuah bas yang cantik dan sangat selesa. Perlawanan pertama mereka adalah menetang pasukan Felda United di padang bolasepak USIM, manakala perlawanan seterusnya iaitu dengan pasukan JDT.



Wednesday 20 January 2016

Tahun 2016 Bersamaan 1437 Hijrah - Harga Promosi

Tahun 1437H atau tahun 2016 merupakan tahun promosi bagi Hasbi Homestay Nilai 3 Nilai Impian (HHN3NI). Pada peringkat awal operasi HHN3NI ini, harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah RM250 bagi harian biasa, tetapi tahun ini 2016 HHNI hanya menawarkan RM220 sahaja bagi sewa harian biasa. Langkah ini di ambil bagi memberi peluang kepada pelanggan HHN3NI melakukan sedikit penjimatan dan simpanan memandangkan kos sara hidup yang semakin mencabar bagi tahun 2016 ini. Promosi ini akan berakhir pada 5 Julai 2016.

  Alhamdulillah, HHNI sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan yang bukan sahaja terdiri daripada individu atau keluarga sahaja, tetapi juga daripada wakil-wakil syarikat di sekitar seluruh Malaysia.

Kepada mereka yang berminat, ayuh segera melanggan HHNI pada kadar harga promosi. Wassalam.
Berkat Bersama.