Tuesday 29 December 2015

KISAH MENARIK DI HASBI HOMESTAY NILAI 3 NILAI IMPIAN

Assalamualaikum. Baru-baru ini Hasbi Homestay menerima kunjungan daripada sebuah keluarga yang menganjurkan kenduri kahwin anak beliau. Hasbi Homestay telah dipilih oleh pelanggan yang bernama Pak M (berusia 64 tahun tp masih kuat) kerana bilangan bilik sebanyak 4 buah yang selesa dan kemas, halaman yang luas, lokasi yang sangat strategik dan mudah untuk akses ke lebuhraya PLUS atau ELITE atau KESAS. Kedatangan Pak M ke Hasbi Homestay telah disambut oleh saya di hadapan pagar utama.

Pada keesokan tengaharinya Pak Mus menyerahkan kunci kepada saya setelah tempoh sewaan telahpun tamat. Namun yang paling memeranjatkan saya ialah terdapat senasakah al-Quran baharu dibeli oleh keluarga Pak M tertinggal di bilik utama (master bedroom) Hasbi Homestay. Setelah disemak dan diteliti didapati Al-Quran itu memang baharu sahaja dibeli dan terdapat kesan tindakan bacaan pada naskah Al-Quran tersebut.

Sesungguhnya tidak di sangka dalam keadaaan sibuk menghadiri sebuah majlis walimatulurus, keluarga Pak M masih lagi mampu membawa dan bertadarrus Al-Quran. Saya amat bersyukur kerana Hasbi Homestay sentiasa didatangi oleh tetamu-tetamu yang berhati mulia dan baik seperti Pak Mus dan ramai lagi.


Moga-moga dengan konsep Berkat Bersama yang diperjuangkan oleh Hasbi Homestay Nilai Impian selama ini mampu direalisasikan secara kolektif dan komprehensif.

Wassalam. Ameen




Saturday 19 December 2015

Hasbi Homestay Nilai 3 Nilai Impian-corner lot Nilai 3

Assalamualaikum semua. Kepada mereka yang ingin mencari tempat persinggahan sementara bagi tujuan berehat, membeli belah di nilai 3, menghadiri kenduri kahwin, mengantar saudara ke KLIA 2 untuk tujuan pergi menunaikan ibadah umrah dan haji, maka hasbi homestay menawarkan tempat penginapan yang selesa dan kondusif .

Pelanggan yang menginap di hasbi himestay akan merasa seperti berada di rumah sendiri. Berkonsepkan Rumah Berteraskan Islam dengan bertemakan BERKAT BERSAMA, maka pelanggan yang menginap di hasbi homestay akan diberikan kadar potongan tertentu.

Hasbi Homestay Nilai Impian amat berdekatan dengan NILAI 3 iaitu hanya 2 minit sahaja. Kedudukan yang amat dekat dengan NIlai 3 akan memudahkan pelanggan Hasbi Homestay meluangkan masa yang banyak di Nilai 3. Selain itu, pelanggan yang menghadiri keduri ataupun aktiviti lain masih berpeluang untuk membeli belah di Nilai 3 kerana lokasinya yang sangat dekat dengan Hasbi Homestay Nilai Impian.

Dengan kadar hanya RM250 semalam dengan maksimum penghuni 15 orang sahaja di Hasbi Homestay Nilai Impian yang mempunyai laman luas iaitu corner lot, pelanggan pasti teruja kerana homestay ini jugak berhadapan dengan taman rekreasi dan trek berjoging dan berbasikal.

Ayuh segera hubungi Pemilik Hasbi Homestay di nombor 019-2177877 atau 0195838661.

Saturday 5 December 2015

BILIK AIR HASBI HOMESTAY NILAI 3 NILAI IMPIAN

 

Bilik Air Utama Bersih                                          Bilik Air Biasa Bersih

ROOM 2, ROOM 3, ROOM 4 HASBI HOMESTAY NILAI 3 NILAI IMPIAN






Bilik Tidur Kedua Mempunyai Pandangan Sisi Mengadap Laman dan Jalan Utama


Bilik Tidur Ketiga Di Tingkat Atas



Bilik Tidur Keempat Yang Berada Di Tingkat Bawah

RUANG MAKAN HASBI HOMESTAY NILAI 3 NILAI IMPIAN

Ruang Makan Enam Tempat Duduk Mengadap Laman Yang Luas

FAMILY ROOM 1 HASBI HOMESTAY NILAI 3 NILAI IMPIAN

 Dilengkapi perabot dan meja makan serta dapur

Susunan Kemas dan Teratur Untuk Keselesaan Pelanggan

RUANG TAMU UTAMA HASBI HOMESTAY NILAI 3 NILAI IMPIAN

























Ruang Tamu Utama Yang Luas dan Selesa


Menarik dan Selesa

Friday 4 December 2015

BILIK TIDUR UTAMA HASBI HOMESTAY NILAI 3 NILAI IMPIAN


 bilik tidur utama yang sangat luas dan cantik



 bilik tidur utama mengadap taman rekreasi

Saturday 31 October 2015

GALERI MENARIK HASBI HOMESTAY NILAI IMPIAN



 Gambar1 : Pandangan Luaran Hasbi Homestay Nilai Impian

 Gambar 2: Pandangan Dalaman Bahagian Dapur dan Ruang Tamu

 Gambar 3: Pandangan Bahagian Bilik- Bilik

 Gambar 4: Pandangan Bahagian Bilik- Bilik

 Gambar 5: Pandangan Bahagian Family Area (bahagian atas)

 Gambar 5: Pandangan Dalaman Bilik Air

Gambar 6: Pandangan Kemudahan Sampingan Untuk Tetamu HH

Gambar 7: Pandangan Bahagian Dapur HH



    
Gambar 1: Waktu Malam di Taman Rekreasi Untuk Berjoging dan Berbasikal di Hadapan 
Kediaman Hasbi D' Homestay

Gambar 2: Waktu Malam Gelanggang Futsal di Hadapan Kediaman Hasbi D' Homestay

Tuesday 22 September 2015

Kemiskinan Bandar Layak Terima Zakat

Kemiskinan sering dikaitkan dengan kehidupan di kampung. Ini disebabkan kerana sosio ekonomi di kampung yang agak jauh ketinggalan berbanding bandar. Kebanyakan masyarakat kampung bekerja sebagai petani, penoreh getah, nelayan, pemandu lori dan ada yang bekerja sendiri. Sudah pasti pendapatan mereka adalah tidak seberapa jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Ini kerana pendapatan masyarakat kampung amat bergantung kepada cuaca.Sebab itu kedapatan kebanyakan gambar dan isu-isu yang dipaparkan di akhbar dan tv kebanyakkanya adalah berkisar di kampung.

Namun tanpa disedari kemiskinan kini mula menular ke bandar-bandar. Kos sara hidup yang semakin tinggi telah mewujudkan kelompok masayarakat bandar yang miskin. Kehidupan di bandar-bandar memerlukan perbelanjaan yang tinggi kerana semuanya tidak percuma dan perlukan bayaran. Bermula sewa rumah, bayaran tol, bayaran kereta, bayaran bil air dan elektrik, bayaran yuran sekolah, bayaran yuran kelas tambahan, bayaran insurans, perbelanjaan sekolah anak-anak, perbelanjaan makan harian keluarga dan perbelanjaan-perbelanjaan lain telah mewujudkan sekelompok masyarakat yang memerlukan perhatian kerana mereka mungkin dikategorikan sebagai miskin bandar.

Sebagai contoh A yang bekerja di sektor swasta berpendapatan RM4000 sebulan, mempunyai isteri yang tidak bekerja, ibubapa di kampung, sebuah kereta proton saga, anak seramai 6 orang di mana 3 daripadanya sudah bersekolah serta menyewa rumah di apartment Kerinci.

Berikut merupakan perbelanjaan beliau:
Sewa apartment                             RM 1000
Bayaran kereta                              RM500
Ibubapa                                         RM200
Tol                                                 RM100
Yuran Sekolah Anak (3 orang)     RM900
Bil Api Air                                    RM100
Perbelanjaan Keluarga                 RM1500
Lain-lain                                       RM500
JUMLAH                                     RM4700

Ternyata dengan pendapatan sebanyak RM4000 sebulan adalah tidak mencukupi untuk membiayai isteri yang tidak bekerja serta rumah sewa yang perlu dibayar di samping membiayai anak yang bersekolah dan lain-lain lagi. Inilah kehidupan sebenar. Mereka ini mungkin termasuk di dalam kelompok miskin bandar. Berbanding mereka yang mempunyai pendapatan yang sama tetapi tinggal di kawasan  kampung, pendapatan ini cukup besar dan mewah.

Sehubungan dengan itu, penetapan had kifayah perlu disemak dan ditambah baik demi memastikan mereka yang miskin bandar turut dibantu. Had kifayah ini pula bukan sahaja berpaksikan kepada pendapatan isirumah semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira perbelanjaan sebenar isi rumah. Ini adalah kerana pengiraan had kifayah berdasarkan perbelanjaan sebenar isi rumah adalah lebih signifikan dan berkolerasi tinggi dengan kemiskinan bandar.

Elak Diri Berhutang

Elak Diri Berhutang-faisol


"Main Kutu " Medium Tabungan

"Main Kutu " Medium Tabungan-faisol

Emas SImpanan Hari Tuan

Emas Simpanan Hari Tuan-faisol