Wednesday 8 June 2016

TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN HASBI HOMESTAY NILAI IMPIAN

Alhamdulillah, bersyukur kepadaNYA kerana Hasbi Homestay sentiasa mendapat perhatian dan kepercayaan pelanggan yang begitu teruja dan selesa menginap di Hasbi Homestay. Pelanggan yang datang dari nun utara tanah air hingga selatan tanah air iaitu Johor dan juga Sabah membuktikan pelanggan begitu suka dan tertarik dengan kelesaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hasbi Homestay Nilai Impian. Alhamdulillah sekali lagi.

Pelanggan-pelanggan yang pernah menginap di Hasbi Homestay kebanyakan  datang bagi tujuan UMRAH, HAJI, KENDURI, FAMILY GHATERING, SHOPPING, berehat, pertunangan, kerja rasmi dan sebagainya lagi.

Jesteru itu, HASBI HOMESTAY dengan rasa rendah diri dan bersyukur ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan -pelanggan yang pernah menginap di HASBI HOMESTAY sama ada sekali atau beberapa kali di sini.

Sokongan daripada pelanggan-pelanggan yang budiman amat dihargai dan hanya Allah yang mempu membalasnya. Terima kasih di atas sokongan anda kepada HASBI HOMESTAY yang memperjuangkan BERKAT BERSAMA melalui JIHAD EKONOMI.

Wassalam.