Assalamualaikum. Baru-baru ini Hasbi Homestay menerima kunjungan daripada sebuah keluarga yang menganjurkan kenduri kahwin anak beliau. Hasbi Homestay telah dipilih oleh pelanggan yang bernama Pak M (berusia 64 tahun tp masih kuat) kerana bilangan bilik sebanyak 4 buah yang selesa dan kemas, halaman yang luas, lokasi yang sangat strategik dan mudah untuk akses ke lebuhraya PLUS atau ELITE atau KESAS. Kedatangan Pak M ke Hasbi Homestay telah disambut oleh saya di hadapan pagar utama.
Pada keesokan tengaharinya Pak Mus menyerahkan kunci kepada saya setelah tempoh sewaan telahpun tamat. Namun yang paling memeranjatkan saya ialah terdapat senasakah al-Quran baharu dibeli oleh keluarga Pak M tertinggal di bilik utama (master bedroom) Hasbi Homestay. Setelah disemak dan diteliti didapati Al-Quran itu memang baharu sahaja dibeli dan terdapat kesan tindakan bacaan pada naskah Al-Quran tersebut.
Sesungguhnya tidak di sangka dalam keadaaan sibuk menghadiri sebuah majlis walimatulurus, keluarga Pak M masih lagi mampu membawa dan bertadarrus Al-Quran. Saya amat bersyukur kerana Hasbi Homestay sentiasa didatangi oleh tetamu-tetamu yang berhati mulia dan baik seperti Pak Mus dan ramai lagi.
Moga-moga dengan konsep Berkat Bersama yang diperjuangkan oleh Hasbi Homestay Nilai Impian selama ini mampu direalisasikan secara kolektif dan komprehensif.
Wassalam. Ameen
No comments:
Post a Comment