Ramadan Al-Karem telah pun melabuhkan tirainya pada beberapa minggu yang lalu. Namun bahang kerinduan terhadap bulan Ramadan masih lagi menebal. Hasbi Homestay mengucapkan syukur kepadaNYa kerana masih terdapat beberapa orang tetamu yang sudi menginap di Hasbi Homestay dalam bulan Ramadan untuk beberapa hari. Moga-moga keberkatan bulan Ramadan akan dinikmati bersama antara tetamu dan Hasbi Homestay. In sya Allah.
Kini bulan Syawal muncul kembali. Puasa 6 menjadi agenda setiap Muslim yang beriman untuk memanfaatkan kelebihan puasa 6 ini. Sekali lagi Alhamdulillah syukur kepadaNYa bulan Syawal rezeki yang Allah kurniakan kepada Hasbi Homestay tidak putus-putus. Kepada tetamu yang telah menginap dan akan menginap di Hasbi Homestay dalam bulan Syawal ini, jangan lupa merebut peluang berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sambil membeli belah di nilai 3 ataupun menghantar saudara ke KLIA, jadikan Hasbi Homestay tempat untuk majlis berbuka puasa 6 anda.